Sunday, 11 December 2011

LAPORAN TUGASAN "WAIT A MINUTE"



  1.PENGENALAN

Wait a minute merupakan tajuk yang telah dipilih oleh kumpulan kami sebagai tugasan yang telah diberikan. Wait a minute merupakan satu konsep untuk berkomunikasi dengan masyarakat pada hanya tempoh seminit berkenaan dengan Islam. Kumpulan kami telah memilih Sentral Kuala Lumpur sebagai tempat untuk melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini telah dijalankan pada 5 Disember 2011 pada jam 4.00 petang sehingga 4.45 petang. Bukan hanya sekadar berkomunikasi secara lisan, kumpulan kami juga telah menyediakan satu risalah yang telah dicipta khas seperti penanda buku sebagai alat berkomunikasi kepada masyarakat dalam bentuk penulisan. Setiap ahli kumpulan akan mengedarkan sebanyak 10 risalah kepada masyarakat beragama Islam.

  2.OBJEKTIF

v  Memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam menyampaikan mesej dakwah atau Islam kepada masyarakat.
v     Meningkatkan kemahiran komunikasi dalan bentuk penulisan dan lisan.
v  Mengenalpasti reaksi yang akan diberikan oleh masyarakat dan dapat mengesan sejauhmana keberkesanan komunikasi.




  3.LANGKAH YANG DIAMBIL BAGI MENJALANKAN AKTIVITI

  1. Membincangkan tentang topik yang sesuai untuk dimuatkan pada risalah yang akan diedarkan.
  2. Membincangkan gaya atau bentuk risalah yang akan dibuat.
  3. Mencari bahan risalah melalui buku-buku agama dan juga melalui internet.
  4. Membincangkan cara untuk menarik perhatian masyarakat bagi menerima risalah yang akan diberikan.
   4.KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN MENJAYAKAN AKTIVITI

v  Memulakan komunikasi dengan memberi salam dan mengukir senyuman, serta memperkenalkan diri secara ringkas.
v  Memberi penerangan tentang isi risalah yang diedarkan selama 1 minit.
v  Sentiasa menunjukkan sifat yang positif walaupun reaksi yang akan diberikan adalah negatif.
v  Memakai kad pengenalan pelajar semasa mengedarkan risalah kepada masyarakat.


Laporan Tugasan Pembangunan Diri Set 17


5.LAPORAN SEMASA AKTIVITI/PENEMUAN
Sepanjang menjalankan aktiviti “wait a minute” di Sentral Kuala Lumpur iaitu dengan mengedarkan risalah berkaitan dengan agama, pelbagai ragam masyarakat yang kami temui. Di sini, setiap ahli kumpulan kami akan menceritakan pengalaman mereka sepanjang menjalankan aktiviti ini.

Ø                        Ø      SITI SYARAH BT MOHD TAWIL
Hari ini saya bersama enam lagi sahabat yang lain akan menjalankan  tugasan untuk subjek Pembangunan Diri. Di mana kami semua bersepakat menjalankan tugasan berbentuk edaran risalah Islam kepada para pengunjung dan masyarakat yang berada di KL SENTRAL. Pada mulanya saya merasakan ia sesuatu yang mudah untuk mengedarkan risalah ini tetapi tidak semudah yang disangka. Bermacam-macam reaksi yang saya sendiri alami antaranya apabila mereka menyangka risalah yang diedarkan adalah untuk dijual dan mereka menganggap lagi kami mahu mengutip derma. Tetapi saya juga menerima reaksi positif di kalangan pengunjung di KL SENTRAL di mana mereka sangat suka tugasan yang kami laksanakan kerana sedikit sebanyak memberi pengetahuan ilmiah walaupun risalah yang kami edarkan adalah ringkas tetapi menarik perhatian untuk dibaca. Selain itu, setiap kali mengedarkan risalah kepada orang ramai mereka lebih teruja apabila saya menyatakan bahawa kami adalah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan ini merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan. Pengalaman mengedarkan risalah ini adalah sangat berharga dan saya selaku ketua kumpulan ini sangat gembira dan berpuas hati dia atas kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan. Terima kasih.


Syarah



Ø  FATIN NURFAEZAH BT SALAUDDIN
Pada 5 Disember 2011 yg lepas, saya bersama-sama dengan ahli kumpulan yang seramai 7 orang telah pergi ke Sentral Kuala Lumpur untuk menjalankan tugasan subjek Pembangunan Diri. Pelbagai pengalaman yang telah saya lalui pada hari tersebut. Ada pengalaman yang suka, ada juga pengalaman yang duka. Tetapi semua itu saya lalui dengan satu tujuan yg tersemat di hati iaitu ingin menyampaikan ilmu kepada orang lain demi Allah. Dalam saya mencari-cari sasaran pertama, saya ternampak seorang makcik, lalu saya menghampirinya dan memberikan salam, “Assalammualaikum, Puan.’ Namun apa yang menyedihkan saya, makcik tersebut terus menggelengkan kepala sambil menggoyangkan tangan tanda tidak mahu menerima apa yang akan saya berikan kepadanya. tapisaya tabahkan hati untuk mencari sasaran dakwah saya yang seterusnya. Alhamdulillah, saya mendapat respond yang baik, walaupun terdapat juga segelintir masyarakat yg kelihatan ragu-ragu dengan apa yang saya jalankan sehinggalah kad yang terakhir. Saya menarik nafas lega kerana tugasan saya sudah selesai dan dalam masa yg sama, mudah-mudahan ilmu yg disampaikan bermanfaat kepada semua orang yang membacanya.


Fatin



Ø  NOORAMANI MUMTAZAH BT SAHARUDIN 
Apabila saya sampai di Sentral Kuala Lumpu, perasaan gementar mula menguasai diri. Melihat para mad’u yang pelbagai ragam. Tergambar satu persatu respon yang bakal diterima.  Kemudian, kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Saya memilih untuk bergerak sendiri. Sasaran pertama saya ialah seorang lelaki pertengahan usia, sedang duduk di hadapan surau. Seperti biasa adat pertemuan, memberi salam  dan memperkenalkan diri serba sedikit dan akhirnya saya menghulurkan sekeping kad yang berwarma warni yang kami hasilkan kepadanya.  Terkedu seketika pak cik berkenaan, dan saya mula menerangkan tujuan dan ulasan terhadap isi risalah. Sempat juga saya menoleh kebelakang melihat reaksinya, Alhamdulillah, pak cik tersebut masih tekun membaca apa yang tertera di atas kad tersebut kemudian datang seorang  wanita dan anak-anaknya yang lain, turut serta membaca.
     Segalanya berjalan lancar, tanpa sebarang masalah. Saya memberikan risalah saya kepada seorang pelajar sekolah, penuntut IPT, pasangan couple, penjual top up dan seorang pak cik yang sedang menunggu anaknya, dan mereka semua menerima dengan hati yang terbuka. Namun seperti biasa, tidak semua orang boleh menerima apa yang kita lakukan.  Kesabaran saya teruji apabila saya mendekati seorang mak cik bersama anak-anaknya dengan semangat berkobar-kobar. Namun, huluran tangan saya tidak disambut apatah lagi untuk memandang muka. Saya kuatkan hati, terangkan serba sedikit tentang tujuan saya dan risalah yang saya edarkan. Bagi saya, walaupun mak cik tersebut tidak mahu mendengar, saya berharap anak-anaknya mendengar apa yang saya sampaikan. Akhirnya, risalah tersebut saya berikan kepada anaknya yang paling bongsu.
      Langkah saya terhenti, apabila datang seorang lelaki menghampiri saya dan tangannya memegang kad yang kami edarkan. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya dengan  menunjukkan pengenalan polisnya kepadaku. Beliau menyatakan beliau tertarik dengan apa yang kami cuba sampaikan, ringkas namun isinya amat menarik dan mengusik jiwa beliau. Beliau kemudian, menceritakan sedikit sebanyak masalahnya kepada saya mengenai kecuaiannya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dan sebagainya. Perbualan kami mengambil masa selama lebih dari 10 minit dan di akhir perbualan beliau sempat meminta email saya untuk menanyakan persoalan2 yang mendatang.
      Apa yang dapat saya simpulkan, kerja dakwah ini bukanlah sesenang yang diharapkan. Terdapat banyak halangan di hadapan, namun kita diberi pilihan sama ada ingin mengharungi cabaran tersebut.


Amani



Ø  AMIRA NATASHA AZMAN
Pada mulanya saya berasa kekok kerana ini adalah pengalaman pertama saya melakukan aktiviti seperti ini. Tetapi tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini saya lakukan dengan bersungguh-sungguh. Tugasan kami untuk memberikan risalah kepada masyarakat merupakan sesuatu yang bukan mudah kerana tedapat pengunjung yang tidak melayan dan menerima apa yang cuba saya sampaikan. Mereka beranggapan bahawa apa yang saya ingin sampaikan dan berikan perlu dibayar dan mengambil masa yang lama. Teteapi setelah saya jelaskan ia merupakan salah satu tugasan university yang diamanahkan kepada saya untuk lakukan, masyarakat mula memberikan respond yang baik dan menerima apa yang saya sampaikan. Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan masyarakat luar.

Amira


Ø  SAYIDAH KHADIJAH ABDUL RAHMAN
Mengedarkan risalah kepada masyarakat merupakan cabaran yang besar bagi saya yang merupakan seorang yang kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat. Namun, untuk menjayakan apa yang telah dirancang, saya cuba memberanikan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Antara yang menggembirakan hati saya ialah apabila bertemu dengan seorang perempuan yang sangat menghargai risalah yang saya berikan dengan memuji kekreatifan kami dalam menghasilkannya. 
      Manakala perkara yang mendukacitakan saya ialah semasa saya ingin menyampaikan risalah saya kepada seorang mak cik dan anaknya yang menunggu seseorang di luar Sentral Kuala Lumpur. Mak cik dan anaknya langsung tidak mengendahkan apa yang ingin saya sampaikan apatah lagi ingin menerima risalah yang ingin saya berikan. Mereka juga langsung tidak memandang kepada saya. Namun, saya tidak patah semgat untuk berjalan dan mengedarkan risalah yang ada pada tangan saya kepada orang lain.


Khadijah



Ø  ZUWANAH MOHAMED ASHREF
Sebaik tiba di Sentral Kuala Lumpur, saya mula berasa berdebar dan pada masa yang sama, saya tidak sabar untuk mengedarkan risalah yang telah kami hasilkan. Anatara 10 responden yang saya terima, saya tertarik untuk menceritakan tentang dua orang responden yang saya terima. Responden pertama ialah dua orang wanita dewasa yang mana apabila saya menghampiri mereka, mereka terus mempercepatkan langkah mereka. Saya berusaha juga untuk menghampiri mereka untuk menyampaikan risalah kami namun respond yang diterima sangat menghampakan. Pada mulanya saya berasa sangat kecewa tetapi saya tetap meneruskan matlamat saya.
        Responden kedua ialah seorang remaja perempuan daripada UTM. Semasa saya mendekati dan memberikan risalah kepada beliau, beliau hanya tersenyum dan mendengar sedikit penjelasan daripada saya. Beliau menunjukkan respond yang positif kepada saya. Apa yang menggembirakan hati saya, beliau meminta saya untuk menurunkan tanda tangan saya pada risalah yang saya berikan kepadanya tanda kenang-kenagan padanya. Bagi saya, beliau memberikan penghargaan kepada apa yang kami hasilkan.

Zuwanah  


~ NURKAMALIA BT SARIFUDDIN
Saya selaku ajk teknikal di dalam kumpulan ini menjalankan tugas sebagai jurugambar sepanjang tugasan dijalankan. Seterusnya, mengambil gambar setiap ahli kumpulan ketika mengedarkan risalah. Walaupun saya terpaksa untuk bergegas ke beberapa tempat dalam satu masa, di mana ahli kumpulan mengedar risalah namun saya masih berkesempatan mengambil gambar setiap ahli kumpulan bersama masyarakat dan pengunjung di situ.

Kamalia (paling hujung  sebelah kiri)



video



Perjalanan ke KL SENTRAL


Risalah dalam pelbagai warna


Risalah


Bersama risalah yang akan diedarkan


 Amira,Khadijah,Zuwanah,Fatin, Kamalia,Syarah,Amani


Santai bersama ahli kumpulan Srikandi



 Post mortem selepas mengedarkan risalah



Laporan Tugasan Pembangunan Diri Set 17

6.PERBINCANGAN MENYELURUH DAN TERPERINCI

Berkomunikasi dengan masyarakat bukanlah satu kerja yang mudah. Ini kerana, masyarakat awam mempunyai karenah atau perangai dan ragam yang tersendiri. Ada yang mudah untuk menerima apa yang ingin disampaikan dan ada juga yang mengendahkan apa yang hendak disampaikan walaupun telah dijelaskan bahawa apa yang ingin kami sampaikan tidak perlu mengeluarkan nilai wang sedikit pun. Namun persepsi masyarakat biasanya beranggapan bahawa, setiap orang yang menghampiri mereka dengan memegang apa-apa kertas di tangan adalah orang yang ingin mengutip derma atau menjual barang. Namun, bagi mereka yang mudah menerima, mereka sangat positif dalam menerima apa yang ingin disampaikan malah memberikan kata-kata semangat kepada kami.

7.KESIMPULAN

Apa yang dapat kami simpulkan di sini ialah, setiap manusia mempunyai karekter yang berlainan. Ada yang mudah didekati dan ada juga yang sukar untuk dihampiri. Namun, dalam hal ini, perkara seperti ini bukanlah penghalang kepada kami untuk menyampaikan ilmu atau perkongsian yang berguna kepada masyarakat. Ini kerana, dalam menyampaikan sesuatu perkara pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran lebih-lebih lagi apabila perkara tersebut perlu disampaikan kepada masyarakat awam yang datang daripada pelbagai latar belakang.


AHLI KUMPULAN SRIKANDI


  1. SITI SYARAH BT MOHD TAWIL (A138966)
  2. NURKAMALIA BT SARIFUDDIN (A135901)
  3. FATIN NURFAEZAH BT SALAUDIN (A139174)
  4. NOORAMANI MUMTAZAH BT SAHARUDIN (A138959)
  5. AMIRA NATASHA AZMAN (A139162)
  6. SAYIDAH KHADIJAH ABDUL RAHMAN (A139036)
  7. ZUWANAH MUHAMED ASYREF (A139134)